Assalamualaikum

Bercakap tentang hiperaktif, pernah seketika ada seseorang mengatakan yang anak sulong saya hiperaktif. Saya kemudiannya membuat kajian berkaitan hiperaktif melalui sedikit bacaan dan peerhatian kepada anak. Akhirnya saya simpulkan yang anak saya bukan hiperaktif tetapi lebih kepada tantarum. Entry kali ni saya nak bercerita mengenai hiperaktif.

hiperaktif 2

Hiperaktif atau ADHD isitu singkatan kepada Attention DEficit Hyperative Dusorder digambarkan sebagai kanan-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak dengar cakap. Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 1 daripada 25 orang kanak-kanak mengidap ADHD.

Anak hiperaktif adalah mereka yang tidak dapat fokus kepada sesuatu perkara yang dilakukan. Mereka akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak yang hiperaktif.

Ciri-ciri Anak Hiperaktif:

  1. Hiperaktiviti
    Mereka ni jika diperhatikan sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Di dalam kelas pula mereka tidak boleh duduk diam dan akan berlari-lari  dan memanjat. Selain itu mereka juga suka mengusik orang lain tanpa sebab.
    .
  2. Tempoh tumpuan yang singkat
    Mereka sangat susah memberikan tumpuan yang lama apabila bercakap dengan mereka. Paling lama tumpuan boleh diberikan adalah 10 minit sahaja. Mereka juga gagal mengikut peraturan. Selain itu ada juga dikalangan mereka cepat lupa walaupun masih kanak-kanak.
    .
  3. Kurang sabar
    Mereka ini terlalu cergas, oleh sebab itu mereka kurang sabar. Disebabkan kurang sabar, mereka cenderung mengganggu perbualan orang lain. Akibat daripada kurang sabar, mereka lebuh mudah mendapat kemalangan.

Ada dikalangan ibu bapa yang tertekan dengan anak meraka yang hiperaktif. Sebolehnya ibu bapa tidak perlulah terlalu stress dengan keadaan anak mereka yang hiperaktif tetapi mengambil langkah mempelajari beberapa tips dan cara untuk menarik minat kanak-kanak hiperaktif ini untuk belajar.

Tips dan Cara Atasi Anak Hiperaktif:

  1. Sediakan suasana yang tenang dengan pengcahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang ketika anak hiperaktif ini perlukan ketenangan.
    .
  2. Luangkan masa setiap hari bersama mereka menjalani aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya.
    .
  3. Ringkaskan subjek pembelajaran jangan sampai terlalu panjang dan membosankan.
    .
  4. Ibu bapa haruslah lebih kreatif dalam menarik minat anak-anak hiperaktif untuk belajar. Banyakkan menggunakan kaedah visual da gambar untuk menerangkan sesuatu kepada mereka.
    .
  5. Biarkan mereka dengan aktiviti yang mereka minat.
    .
  6. Berikan lebih tumpuan kepada mereka kerana mereka akan mendengar kata kalau kita berlembut dan beri perhatian lebih kepada mereka.
    .
  7. Jauhkan kanak-kanak daripada suasana yang boleh menganggu konsentrasi mereka.

Selain tips dan cara diatas, ibu bapa juga boleh cuba berikan minyak ikan Omega Guard kepada anak-anak yang hiperaktif. Bagaimana Omega Guard dapat membantu anak-anak yang hiperaktif ni??

omega guard shaklee

Omega Guard adalah minyakan yang tulen dan berkualiti yang mengandungi lebih  90% EPA & DHA yang dapat membantu kanak-kanak hiperaktif supaya emosi mereka lebih stabil serta fokus dalam aktiviti yang dilakukan.

Ada kajian yang dijalankan di mana kanak-kanak yang mengidap ADHD atau hiperaktif ni adalah merka mempunyai tahap omega 3 iaitu asid lemak yang sangat rendah. JUga ada kajian yang di lakukan menggunakan minyak ikan untuk membantu kanak-kanak yang mengidap ADHD atau hiperaktif.

Sebuah badan Inflammation Research Foundation telah membuat kajian dengan memberikan minyak ikan bagi mengurangkan gejala ADHD. Kajian ini telah melibatkan 3 orang budak lelaki dan 6 budak perempuan yang mana kesemua mereka telah disahkan mengidap ADHD.

Omega asid lemak telah diberikan kepada mereka dan keputusan menunjukkan kandungan EPA dan DHA dalam kanak-kanak tersebut meningkat selepas 8 minggu menggunakan kaedah minyak ikan sebagai rawatan. Di dalam masa yang sama, ia menunjukkan pengurangan gejala ADHD dikalangan kanak-kanak tersebut.

Jadi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang hiperaktif, cuba lah amalkan tips serta berikan mereka minyak ikan Omega dalam membantu anak-anak lebih fokus.