Assalamualaikum

Pagi ni nak share resepi donut yang saya selalu buat untuk anak-anak. Bukan setakat anak-anak je yang suka, papa nya pon suka. Sebab ramai yang minta share resepi, so hari ni saya nak share resepi yang mudah dan simple. Resepi ni sy tak guna kentang.

Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan:

1kg Tepung Gandum

1 Paket Yis Segera Mauripan

2 Camb Susu Pekat Manis

1/2 Camb Garam

1/2 Cawan Minya Masak

550g Air Bertapis

Minyak Masak Untuk Menggoreng Tenggelam

Resepi Donut Gebu

Cara-cara Membuat Donut Gebu:

  1. Larutkan garam dan susu pekat kedalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
  2. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata dan sebati.
  3. Masukkan minyak masak ke dalam adunan gandum dan yis tadi. Gaul dan ramas sehingga sebati sehingga tiada yang berketul. Lagi halus adunan, lagi menarik donut yang terhasil.
  4. Masukkan campuran air beserta susu dan garam tadi. Gaul menggunakan kelima jari sehingga tiada lagi air bertakung.
  5. Kemudian uli sehingga menjadi doh yang sangat lembap. Uli sehingga tiada lagi adunan yang melekat pada tangan dan mangkuk. Rehatkan doh 15-20 minit.
  6. Kemudian bentuk kan adunan dan biarkan donut mengembang 1/2-1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
  7. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kuning keemasan.
  8. Toskan sebelum digaulkan dengan gula castor atau di celup dengan coklat.

Untuk buat donut frozen, goreng donut sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan. bentuknya. Simpan di dalam bekas atau plastik yang di sealkan kemudian boleh dibekukan.

Resepi Donut Gebu

Resepi Donut Gebu
Nah siap dah donut kegemaran anak-anak dan suami. So selamat mencuba sayang2 semua ­čÖé