Penyusuan Sepenuhnya (Exclusive)

susu ibu


Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:

1. Surah al-Baqarah ayat 233

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”.


2. Surah at-Talaq ayat 6

“… kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, makaberikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

3. Surah an-Nisa’ ayat 23

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu…”

4. Surah al-Qasas ayat 7

“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya

menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.

5. Surah al-Qasas ayat 12

“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

6. Surah al-Hajj ayat 2

“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan”.

7. Surah al-Ahqaf ayat 15

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempohmenceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”

8. Surah Luqman ayat 14

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun)…”.


Takrifan Penyusuan Eksklusif

– Bayi diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain(termasuk air masak). Penyusuan susu ibu sepenuhnya amat penting untuk tempoh 4 ke 6 bulan pertama kehidupan bayi.


Kenapa Penyusuan Eksklusif Penting?


1. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Penyakit kerana di dalam Susu Ibu mengandungi:

– Lactoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak
– Banyak agen anti-inflamatory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
– Lymphocite dan Macrophages yang membantu melawan penyakit
– Antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah kepada ibu tersebut
– Hormon dan Growth Factor yang membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immune bayi, perkembangan otak dan lain-lain
– Enzime lipase dan laktase yang membantu pembentukan sistem penghazaman bayi

2. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Alahan(Allergy) kerana
– Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan toleransi dan bukannya kesan alahan (allergic)
– Zat seperti zink dan “long chain polyunsaturated fatty acid” di dalam susu ibu membantu pembentukan sistem immune bayi
– Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain

3. Pemberian Susu Ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi seperti:
– Kadar kencing manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
– Respon pelalian yang lebih baik
– Kurang masalah gigi “Orthodontik”
– Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
– Kanak-kanak yang lebih pintar

* Pemberian bahan makanan atau minuman yang lain semasa tempoh 4-6 bulan pertama ini boleh mengurangkan kesan kebaikan yang disebut di atas kerana bahan-bahan asing tadi akan membersihkan perut bayi atau bertindakbalas secara tidak semulajadi di dalam perut dan usus bayi. Tambahan pula pengambilan bahan lain akan memenuhkan perut bayi (terlalu mengenyangkan) dan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menyusu secukupnya dari sumber susu ibu.

sumber: susuibu